Wednesday, July 20, 2011

yang terpendam 21

*sorry lama baru update*

“Hus, kenapa Hani tak boleh makan tembikai tu banyak?” bisik IR yang duduk di sebelahnya. “Sakit.” Husna menjawab perlahan. IR ingin menyoal lagi. Namun, gelengan yang diterima daripada Husna membantutkan hasratnya.

“Hani, kau terus buat degree ke hape kat sana tu? Danny, apa cer? Hilang tanpa khabar. Bila masa pula korang bercintan-cintun? Tak ada angin, tak ada rebut, tup tup datang, habaq kat semua dah kahwin.“ NK bertanya lembut. Hani cuma memekakkan telinga. Terus menyuap nasi ke mulut tanpa menghiraukan soalan NK.

“Hmmm…boleh tak sekarang kita cerita pasal korang dulu. Kami punya cerita…let it be in another event, please? I’m not making excuses or whatsoever, but I do hope you guys don’t mind to hold this issue for awhile? Can’t you?” Ashraf Daniel bersuara. Ikutkan hati siapa saja yang tak mahu cerita tentang si dia. Namun, semuanya perlu ditangguhkan dahulu. Riananur Hani perlukan masa untuk membuka kisah sepanjang ‘kehilangan’ mereka. Cukuplah Hani sudi ikut katanya supaya datang ke sini.

“Danny, apa yang susah benar nak cerita?” Aizuddin bersuara. Yang lain terdiam.

“You, shut your mouth up. Don’t pretend to bother if you don’t want to.” Hani bersuara rendah. Terasa tangannya dipegang dari sebelah kiri. Airmata yang hanya tunggu masa untuk beranak sungai dipejamcelikkan.

“Hmmmm….Izu, aku malas nak buat kecoh. Next week all of you are invited to my parent –in-law’s house. Then, we’ll talk abaout everything you guys wants to know, full stop. End of this conversion. Can we eat peacefully right now?” Ashraf Daniel berkata lembut tapi penuh dengan kemarahan yang sedang berkumpul. Semua mengangguk.


No comments: