Saturday, August 20, 2011

yang terpendam 22

“Sayang, nanti kita keluar ya.” Ujar Ashraf Daniel sambil memeluk tubuh isterinya yang sedang yang menghirup udara pagi yang segar. Hani pusing mengadap suami yang memeluk tubuhnya, “Abang, nak pergi mana? Sayang ikut je.” Ucapnya sambil mengusap wajah suaminya.
“Hmmmm…betul ni…sayang nak ikut je kemana abang pergi?” nada mengusik jelas kedengaran dari bibir yang merah meerekah itu. Terhenti seketika perbuatan si isteri. “Abang…are you willing to not change that attitude, aite?” soalpnya lembut. Tergelak Ashraf Daniel mendengar jawapan yang diberikan oleh Riananur Hani.
“Yang, dah berapa lama kenal? Dah berapa lama kita sama-sama? Takkan tak kenal lagi kot?” Dipeluk erat pinggang isterinya.
“Sebab terlebih kenallah, sayang soal abang tu. Mana tahu abang nak ubah perangai abang tu. I’m just can dream on that la yer?” Diusap kembali pipi suaminya. Terasa bahagia melakukan perbuatan itu. Terasa tidak mahu terlepas memandang insan yang banyak berkorban kerananya walau hanya untuk sesaat.
“Haishhh….sayang ni….” Mula bersuara sebelum terasa pipinya dicium lembut.
“Abang, cepatlah jawab…nak pergi mana nanti.” Malas mahu bertekak lagi. Almaklumlah dah lama tak balik Malaysia, teringin juga nak tengok perubahannya dengan suami tercinta.
“Kita pergi je la mana-mana. Ajak Afiq dan Ucu sekali. Itupun kalau dorang tak sibuklah.”
“Hmmmmm… Ayang rasa dorang boleh je kot. Lagipun semenjak Ayang balik, ayang jarang keluar rumah jejalan. Sibuk nak siapkan walimah kita. Mama dan papa selalu ungkit pasal kes kita nak tunang dan nikah mengejut tu. The most important thing is we need to go to boutique to make sure that the dress that we’re going to wear is fit with us today.”
“Okay. Whatever you say, honey.”
*
“Ucu, Fiq, boleh tak bawa kami pergi jejalan?”
“Hmmm…Ucu tak kisah. Lagipun hari ni kan hari Sabtu. Mana ada Ucu kerja. Chik dengan Abang nak pergi mana?” soalnya sambil menyendukkan nasi goreng ke pinggan Chik dan Abang yang baru turun ke meja makan. Jam menunjukkkan pukul 7.30 pagi.
“A’ah, Chik. Afiq okey je. Sama je la dengan Ucu. Kami kan kerja kerajaan. Weekend cuti. By the way, where did both of you plan to go?”
“Hmmmm…Ayang, cakaplah. Abang nak makan. Dah lama tak makan macam gini. Satu keluarga di pagi hari. Haishhh…rindu sungguh. Padanlah Ayang nak balik awal. Seronok betullah.” Ashraf Daniel mula mahu menyuapkan nasi ke mulut sebelum Hani memegang lembut pehanya. Dipandang ke kiri. Diangkat kening bertanya. Hani tersenyum.
“Bang…kot ye pun lapar, rindu…cubalah tunggu papa baca doa. Abang…Abang..” tegur Hani dengan berbisik lembut di telinga suaminya. Ashraf Daniel hanya mampu tersengih. Mereka yang turut berada di meja makan itu hanya mampu menggeleng. “Chik, tak apalah. Biarkan Ashraf tu. Dia memang rindulah tu.” Usik papa. Hani tersenyum mendengar usikan papanya.
“Haa… alang-alang abang dah lapar sangat…kenapa tak abang je yang baca doa hari ni? Afiq dan papa dah selalu sangat baca. Baru meriah sikit suasana. Doa pertama dari menantu papa dan mama.” Giat Taufiq. Husna dan papa bersetuju dengan cadangan Taufiq. Ashraf Daniel memandang ke sebelah kirinya. Senyuman dan anggukan jelas kelihatan di wajah isterinya. Seketika kemudian doa mula kedengaran.

No comments: