Monday, November 29, 2010

yang terpendam 6

“Weyh.”

“Pa dia?”

“Bila lagilah boleh kita gath macam ni erk? Lepas SPM NK and Nad akan gi sambung belajar kat abroad. Aku pasti yang itu. Yang lain tatau lagi nasib masing-masing, kan?” Soal Sue dapatkan kepastian. Yang lain mengiyakan aje. Dalam hati ada yang dah tersentap. Ada yang dah mengerdipkan mata. Menahan air yang bakal beranak sungai di pipi.

“Sue, awatnya hang tangkap dalam nie? Spoil the mood la hang ni.” Jue menyiku perlahan rusuk Sue di sebelahnya. “Tak betul lak. It’s fact lorh bukan auta.” Sue membidas kembali. Jue diam. Sunyi sepi seketika pondok wakaf ilmu.Yang kedengaran hanyalah hembusan anagin yang sepoi-sepoi bahasa.

“Adik, jom. Dah tiba masanya. Nanti lambatlah.” Hani bangun dan bersuaara dari duduknya. Husna pun turut serta. Yang lain pandang pelik.

“Nak gi mana? Awal lagi ni. Takkan dah nak balik kot?” NK tanya selamba. Dia memandang jam di tangan kanannya. Baru pukul 3.00 petang. Biasa balik pukul 5.00 petang.

“Ada hal lorh. See ya.” jawab Husna. Hani hanya mengiakan sahaja. Pasangan kembar itu berlalu pergi. Dari jauh kelihatan Husna memegang bahu Hani. Masing-masing kepelikan sekejap.

“Weyh,perasan tak apa yang aku nampak?” Sambil memandang ke arah pasangan kembar itu, NK bertanya. Yang lain mengangguk.

“Apa cer dengan Husna dan Hani tu? Tak pernah-pernah balik awal. Nak kata pergi tuisyen…tak mungkin. Jadual tuisyen dorang tu biasanya waktu malam. Hari ni…dorang tak ada kelas… Uncle Iskandar upah private tutor untuk dorang, kan.” Akma bersuara pula. Kepelikan mula terbit di hati.

“Korang semua perasan tak? Hani tu macam tak sihat lagi sebenarnya. Apa kes ha?” soal Jue kuat. Sue yang di sebelah menyiku tanda geram. ‘Sakit telinga aku duduk kat sebelah minah ni la. Nak je aku cepuk dengan buku Chemistry nie. Sabar jela.’

“I think I’m the only one notice about it. Ekau pun sama naa.” IR menyampuk. “Dan aku rasa dorang ada sembunyikan sesuatulah. Entahlah. Tu aku punya feelingla. Tataulah pula korang macam mana. Whjatever it is, we just look and hear what’s going to be, girls. Aku chiao dulu. Mak aku dah mesej. Dia dah sampai kat depan dah. Assalamualaikum. Bye.” Jawab IR sambil berpamitan dengan baik hatinya. Lalu berjalan melangkah ke pintu pagar dan diikuti oleh Nad. Almaklumlah rumah dekat-dekat. Apalagi tumpang sekakilah jawabnya.

“Ok. Wassalam. Bye.” jawab Sue, Jue, dan NK. Tidak lama selepas itu, masing-masing berpamitan pulang ke rumah.

No comments: