Wednesday, December 1, 2010

yang terpendam 7

“Hani, are you okay?”

“Adik, I’m feeling dizzy. My sight is blurred. Adik…sakit….” Kepala dipegang. Airmata mula beranak sungai. Lantas bahunya dipegang oleh Husna. Mereka baru sahaja melangkah pulang dan menjauhi wakaf ilmu. Husna memimpin Hani sehinggake dalam kereta yang sedia menanti di luar pintu pagar sekolah. Pastinya rakan-rakan mereka kepelikan dan sedang memerhati mereka di belakang sana. Husna tidak mahu menoleh kerana kepulangan awal mereka ke rumah sudah pun menimbulkan keraguan. Masakan tidak, mereka berdua biasanya antara yang paling lambat balik ke rumah. Selagi jarum jam tidak menunjukkan 5.00 petang, selagi itulah mereka tidak pulang. Rahsia masih lagi rahsia.

“Adik, kenapa dengan kakak? Kenapa?” pertanyaan yang bertalu-talu sewaktu mereka tiba di pintu rumah membuatkan Husna yang sudah kepentan tidak mampu membalas dengan segera. Hanya pandangan mampu dijadikan jawapan.

“Ma, adik penat tu. Hani pening masa nak balik tadi. Kat dalam kereta, dia yang urut segala bagai kat Hani. Bioarlah dia berehat sat. Tak pun bagi dia ambil nafas sat. Tu…Hani…bawa pi ke bilik dia. Awat lambat sangat buka pintunya, Kak Piah?” soal Encik Iskandar setelah menerangkan kedudukan sebenar kepada isterinya.

“Ma…tunggu apa lagi. Bawa Hani pi masuk bilik dia. Kak Piah, bawakan air untuk adik.” Arah Encik Iskandar yang juga papa kepada kembar itu. Tergesa-gesa mereka mengikut apa yang diutarakan oleh mister of the house.

“Pa, adik tak mahu. Mak Piah, tak payah buatkan air. Adik nak berehat sat. Terima kasih ya, Mak Piah.” Mak Piah mengangguk sebelum membantu memapah Hani ke kamarnya. Husna menapak ke ruang tamu dan melemparkan badan ke sofa. Encik Iskandar turut mengikut Husna ke ruang tamu.

“Adik…adik penat ke?” soalnya perlahan tatkala melihat mata anak bongsunya tertutup rapat. “Tak, pa. Cuma adik risau dengan keadaan Hani. Adik rasa adik tak mampu buat apa-apa untuk Hani. I’m useless right now.” Perlahan sahaja suaranya. Namun mampu ditangkap oleh telinga papa. Kedengaran sayu.

“Who say that you’re useless? You give her support…you stay on night…you willing to sacrifice your sleeping time in order to take care of her. You aren’t useless.” Pujuknya lembut. Terukir senyuman di wajah yang sudah keletihan itu.

“Pa, adik nak solat. Lepas tu nak siapkan kerja sekolah. Pa tak payah tunggu adiklah nak makan. Go ahead then.” Dipeluk bahu dan dihadiahi ciuman di pipi papanya sebelum melangkah ke kamar tidurnya. Encik Iskandar hanya mampu mengangguk. Bukannya dia tidak tahu bahawa Husna cuba untuk memendam perasaan sedihnya. Dia tahu anaknya itu tidak mahu dilihat sebagai seorang yang l;emah di hadapan keluarga terutamanya Hani.

1 comment:

Anonymous said...

Ini benar-benar menarik. Aku suka membacanya