Saturday, November 27, 2010

yang terpendam 4

“Aku tak puas hatilah. Husna memang ada sembunyikan sesuatu. Tapi rahsia tu sesuatu yang tidak boleh diberitahu kepada orang lain.” Nad masih tidak puas hati. “Aku setuju dengan kau, Nad. Husna lain macam bila kita tanya keadaan Hani. Apa agaknya rahsia tu?” Ashraf Daniel sependapat dengan Nad.

“One day we’ll know the secret, buddies.” Ujar Aizuddin meredakan ketegangan. Dia sendiri tersentak dengan sikap Husna.

“Setuju sesangat. One day the secret will reveal itself.” Sahut Nad. Mereka mula menapak masuk ke dalam kelas apabila loceng dibunyikan. Namun, di kepala mereka tercari-cari jawapan kepada persoalan yang mereka bangkitkan sebentar tadi. Sesi P&P bermula seperti biasa. Hati Husna menjadi gundah-gulana. Risau memikirkan keadaan kembarnya di rumah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Assalamualaikum. Hani, ni ada nota yang IR bagi. Dia kesian dan takut Hani ketinggalan.” Husna memberitahu Hani apabila dia menjenguk kembarnya di kamar tidur.

“Hailoh…sweetnya kengkawan kita ni kan.” Lemah suaranya.

“Yalah. Takkan kawan orang lain pula…Ha ha ha. Apalah Hani ni.” Hani gelak terpaksa. Mulutnya mula menggumam. Tanda tak puas hati. Muncungnya ditarik apabila Husna mula mentertawakannya.

“Janganlah nak tarik muncung itik Hani tu. You know what. When you acted like that, you look so ugly.” Usik Husna.

“Adik memang. Tak kisahla. Hani peduli hapa. Apa yang penting, Hani bahagia.” Tidak mahu mengaku kalah.

“Yeah. You’re right.”

“Why did you acting weird, sis?

“Nothingla. Hani tu yang tanya soalan luar alam.” Husna menyembunyikan rasanya. Namun dia salah. Dia bukan pemendam perasaan yang baik. Hani boleh baca setiap gerak gerinya seperti membaca hikayat dahulu kala. “Tell me what’s wrong?” Hani bertanya lembut sambil memegang erat bahu kembarnya itu. Husna mengalah dengan pujukan Hani.

“Pagi tadi……” Husna menceritakan kejadian yang dialaminya di sekolah pada Hani. Hani mendengar dengan teliti. Kesian pun ada pada kembarnya. Namun, itu yang telah diputuskannya sejak dari awal lagi. Tidak semudah 123 untuk dia mengubah apa yang telah diputuskan oleh dirinya.

“Listen to me. Bukan Hani tak kesian. Hani kalau boleh nak cerita semuanya pada mereka. But you know my life’s motto right. It’s going to be a few months more to go. After that, we’ll get the SPM’s result. End of story. Please help me, sis.”

“I’ll try. But I’m couldn’t promise that I keep it as secret as you wish.” Husna mengalah. Dia sememangnya kalah kalau Hani yang merayu. Tidak sanggup untuknya menolak permintaan kembarnya itu.

Husna meminta diri untuk menunaikan solat. Hani hanya mengangguk. Husna beredar. Namun jauh di sudut hatinya, dia tahu kembarnya susah memikirkan tentang peristiwa pagi tadi. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa.

No comments: