Friday, November 26, 2010

yang terpendam 3

“Husna,macam mana keadaan Hani? Dia okey tak?” tanya Aizuddin kepada Husna.

“Dia okeylah. Cuma dia kena berehat buat sementara waktu. Sedangkan komputer pun perlu ditutup untuk mengelakkan kerosakan, inikan pula minda manusia. Betul tak?” Husna bersuara lemah. Ditundukkan wajahnya dari pandangan rakan-rakannya.“Betul ke ni? Apa kes suara lemah semacam ni? Ke ada sesuatu yang kau sembunyikan ni?” tanya Jue tidak puas hati.

“Wak lu. Aku suara lemah pun jadi sebab ke? Aku penatlah. Mana taknya, takkan aku tak jaga kembar aku tu? Takkan nak harapkan mama aku je? Aku berjaga malam jaga Hani. Apa kes kau nak soal macam-macam ni? Tak puas hati, pergi blah. Malas aku nak melayan.” Sengaja ditegaskan suaranya untuk mengelakkan sebarang keraguan. Semua tersentak. Husna tengah panas.

“You wish for it, we had to follow that, right?” NK meredakan ketegangan yang baru bermula. Yang lain turut mengangguk. “It’s up to you all. I don’t care whether you believe it or not.” Nyata ketegangan makin memuncak.

“We don’t say that we don’t believe it. Do you know something? You’re not you. Hus that we all know is someone that not easily gets angry. Can’t you tell about the truth?” sampuk Nad. Sukar untuknya percaya dengan kata-kata Husna. Entahlah. Naluri hatinya kuat mengatakan bahawa Husna menyembunyikan sesuatu yang penting dan sukar untuk dipendamkan seorang insan yang bernama Riananur Husna.

“So? I’m human not an angel. I’m tired, couldn’t have an enough sleep. Don’t you see the panda eyes? Then you all come and said I’m lying to you. What the…. The doctor asked her to get rest. If you all want to know the truth, ask the doc yourself. I’m tired. I don’t want to have a fight with all of you. I’m leaving.” Dia bangkit dan menghindar dari rakan-rakannya. Husna takut rahsia yang disimpan bukanlah satu rahsia lagi. Gerun hatinya apabila memikirkan kemungkinan yang bakal dihadapi seandainya rahsia bukan lagi rahsia.

No comments: