Thursday, November 25, 2010

yang terpendam 2

“Assalamualaikum, Hani. Sihat?” Aizuddin yang baru datang ke sekolah bertanya kepada Hani yang duduk di kantin sekolah. Dia mengambil tempat duduk di depan Hani.

“Waalaikumussalam. Hani sihat walafiat. Syukur.” jawab Hani.

“Kenapa lain suara Hani hari ini. Macam baru lepas menangis.” Kedengaran suara caringnya. “Mana ada.” Hani menidakkan.

“Dah tu kenapa perlahan aja suara Hani. Hani sakit tekak ke?” disoalnya tidak puas hati.

“Mana ada. Memandai je.” Ujar Hani.

“Hani, Izu nak beritahu sesuatu.” Dia malas nak mendapatkan kepastian lagi. Bukan seminggu dua dia kenal Hani. Dia dah masak dengan perangai Hani. Baik dia ubah hala tuju cakapnya. Namun terdetik di hati bagaimanakah penerimaan gadis yang berada di hadapannya. ‘Ah pedulikanlah. Yang penting janjiku harus ditunaikan’ getus hati Aizuddin.

“Apa dia. Cakaplah” dia dapat mengagak apa yang bakal diterimanya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mendengar kerana dapat dirasakan apa yang mahu dikatakan Aizuddin.

“Izu….” Belum sempat Aizuddin memberitahu perkara itu loceng berbunyi tanda waktu P&P bermula. Hani dan Aizuddin beriringan masuk ke dalam kelas. Setelah masuk ke dalam kelas, Hani mengambil tempat di sebelah Husna. Manakala Aizuddin mengambil tempatnya. Sesi pembelajaran bermula apabila guru yang mengajar masuk untuk mengajar kepada pelajar yang dahagakan ilmu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hani,Hani,Hani… Riananur Hani… Awak ni datang sekolah nak belajar atau awak mengelamun??? tanya Puan Aida. Hani tersentak dengan tengkingan gurunya. Airmata yang ingin mengalir ditahan agar tidak jatuh di dalam kelas.

“Maafkan saya, cikgu. Saya datang naka belajar. Saya minta maaf.” ujar Hani. Dia dapat merasakan gurunya itu marah atas perbuatannya tadi. Namun semuanya itu tidak disengajakan. Dia tahu bahawa gurunya pantang melihat anak muridnya mengelamun ketika beliau tengah mengajar.

“Cikgu, saya ingin minta izin untuk pergi ke tandas.” Hani bersuara perlahan. “Kenapa dengan awak ni, Hani. Inikah contoh pelajar harapan sekolah??? Apa masalah awak??? Puan Aida tidak pedulikan permintaan Hani. Dia inginkan kepastian tentang anak muridnya yang satu ini.

“Tak ada apa-apa, cikgu.” balas Hani walaupun air matanya begitu terdesak ingin mengalir. Husna yang di sebelah memegang tangan kanannya memberi kekuatan.

“Lepas rehat jumpa saya di bilik guru. Awak boleh pergi.” Puan Aida tidak sanggup untuk memalukan Hani di dalam kelasnya. Tapi kehairanan terbit di sanubarinya apabila melihat mata Hani berkaca-kaca seakan-akan ingin menangis. Hani pergi ke tandas tanpa menyuruh kembarnya ikut sekali.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Waktu rehat akan menjelang tiba. Sudah lebih satu jam Hani di dalam tandas. Kerisauan Husna tidak mampu didiamkan lagi. Cikgu sudah berganti namun kelibat Hani tidak kelihatan. Lalu Husna meminta kebenaran dari gurunya untuk pergi ke tandas.

Alangkah terkejutnya Husna apabila melihat sekujur badan sedang terbaring di dalam tandas. Lalu Husna menjerit meminta pertolongan. Jeritan Husna mengejutkan rakan-rakannya yang berada di dalam kelas. Kedudukan tandas yang berada di tingkat bawah menyebabkan jeritannya jelas kedengaran. Guru-guru yang berada di tingkat atas turun ke bawah untuk melihat kejadian sebenar.

Mereka segera membawa Hani ke klinik dengan diiringi oleh Husna. Kekecohan berlaku sewaktu rehat bermula. Kedengaran bisikan-bisikan yang mempersoalkan apa yang berlaku. Guru-guru tidak masuk ke dalam kelas selepas loceng berbunyi. Sesi P&P terganggu seketika.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di satu sudut hospital kelihatan Husna menangis. Hani terpaksa dimasukkan ke ICU kerana Hani mengalami masalah yang serius. Ibubapanya sudah diberitahu. Ibubapanya mengikut doktor setelah diberitahu ada masalah dengan kesihatan Hani. Selepas dua jam berbincang dengan doktor, Puan Wardina keluar sambil menitiskan airmata.

“Ma, apa yang doktor cakap? Kenapa mama menangis, pa?” Husna bertanya kepada mama dan papanya. Kebimbangan Husna semakin sarat apabila persoalannya tidak dijawab dengan segera oleh keduanya.

“Pa, apa yang terjadi pada Hani. Adik nak tahu. Beritahulah adik.” Rayu Husna. “Hani tak boleh hidup lama, dik. Dia...” Sebelum sempat pertanyaan Husna dijawab sepenuhnya oleh papanya, Husna telah pengsan.

Husna sedar dari pengsannya. Lantas dia teringat kembali kata-kata papa tentang Hani. Dia segera memandang mama. Dia ingin bertanya dengan lebih lanjut namun pandangan mata mama telah dapat difahami. Airmata mama sudah cukup menjadi jawapan. Dia hanya mampu menangis. Sedih dengan nasib kembarnya. Tidak disangka kembarnya yang ceria dan sihat suatu ketika dahulu tidak akan hidup lama.

No comments: