Sunday, April 10, 2011

yang terpendam 16

“Chik, Ucu… nanti jangan lupa kirim berita kat Afiq. If you could not do that just buzzing me through Y!M or Skype.”
                “Afiq, takkanlah kami nak lupa kat Afiq. Haish. Afiq ni..” Husna menyampuk. Disiku perlahan sepupu yang sudah hampir 18 tahun tinggal bersama mereka. “Manlah tahu…kot dah jumpa orang sana, lupakan Afiq. Kalau Chik sanggup tak bagi Afiq pergi hantar kat KLIA…mestilah Chik dan Ucu sanggup lupakan Afiq.” Sayu suara pemuda yang sedang menahan sebak di dada. Masakan tidak. Insan-insan yang bakal bertolak ke KLIA itulah kawan, itulah lawan, itulah pendengar itulah tempat dia bercerita. Tak pernah dia berenggang semenjak menjadi salah seorang ahli keluarga Encik Iskandar. DAN semenjak kedua-dua orang tuanya menemui PENCIPTA mereka ketika dia berusia 6 bulan. Lepas ini tiada lagi gelak dan usikan Chiknya. Tiada lagi perbalahan dengan Ucunya. Hani terdiam. Salahnya.
                “Afiq, cakap dengan Chik dan Ucu kenapa kami nak lupakan kawan, lawan, sepupu dan adik kami ni?  Kot Afiq yang lupakan kami nanti.” Husna cuba menceriakan suasana. Seketika suasan menjadi sunyi sepi. Mereka yang turut bersiap sedia mahu menghantar pasangan kembar itu pergi terdiam.  Terasa tangannya ditarik lembut. Dipandang wajah yang menarik tangannya, Taufiq terkedu. Ada air mengalir di pipi Chiknya. Diikuti sahaja langkah Chik dan Ucu yang turut ditarik tangannya.

No comments: