Monday, April 4, 2011

yang terpendam 15


            “Hus, Han…”
“Ya…”
“Lepas ni jangan lupa datang kat kelas….jumpa dorang semua buat kali terakhir.” Sue mengingatkan sambil berjalan ke dalam kelas.
“Ucu, Hani malas nak pergi.”
“Chik, jangan aa…sekejap je.”
“Malaslah.” Bukan apa. Nanti mesti kena jumpa dia. Bukan semua orang tahu apa yang terjadi 2 bulan lepas. Semua masih ingat yang aku ni girl Aizuddin lagi. Ish ish ish…. Hanya Husna dan Taufiq yang tahu kebenarannya.

“Ha…apa kes lambat? Penat dowh kami tunggu.” Ujar Taufiq. Akhirnya Afiq ketemu jua kebahagiaannya. Majoriti budak-budak kelas couple dengan budak kelas sendiri. Taufiq dan IR, SueAnas, NK dengan Khai. Kami berdua pulak dah jadi single dua bulan lepas. Tapi takda sapa pun tahu kecuali si Afiq ni. Nad dan Jue masih single. Cinta mereka hanya untuk yang teristimewa katanya. Memanglah aku sakit hati dengan Aizuddin. Nak buat macam mana tapi aku bersyukur sekurang-kuranga kisah cinta kami tiga tahun berakhir dengan Allah buka mata aku tengok kecurangan dia. Lagipun sekarang aku tengah kenal hati budi budak kelas ni juga. Bukan aku nie jenis mudah beralih kasih. Tapi aku nak open aku punya mind yang selama ni tertutup sebab nak setia dengan Aizuddin. Alih-alih aku pulak yang gigit jari. Husna pulak sebab yang sama. So, kami memang dah jadi single. Memang rindu alam kapel tapi lagi rindu nak jadi single. Huhuhu…
“Ini pun sekejap je. Papa sat lagi datang jemput kami. Tamau ikut ka?” Hani menyapa semua dengan lambaian tangannya.
“Ala..lepas result SPM, Chik dah….” belum sempat Topek menghabiskan ayatnya, mulutnya telah ditutup dengan tangan Husna.
“Fiq, kau sorang je yang tahu aku dengan Chik nak pergi abroad. Kami tak nak dorang tahu. Lagipun kau sorang yang tahu kes kami berdua bawa diri.”
“Takkanlah..Kau tak bagitau dorang termasuk budak-budak SST??” Topek bertanya dengan muka tak percaya. Husna dan Hani mengiyakan sahaja.
“Weyh, Pek,Hus, Hani, apa kes duduk luar? Jom masuk. Orang nak tangkap gambar ni.” Palau menyapa tiga sahabat itu yang duduk bersembang di luar. Husna dan Hani membulatkan mata tanda amaran. Taufiq mengerti isyarat itu. Palau kehairanan. Semua yang di dalam kelas menjerit nama mereka bertiga. Masing-masing kepenatan menunggu tiga orang itu masuk ke dalam kelas.
Cepat-cepat mereka masuk ke dalam kelas. Lagipun kes dua bulan lepas dengan Palau kira 0-0 sebelum raya. Masing-masing minta maaf. Hani dan Husna bayar balik ongkos yang terpaksa ditanggung oleh Palau nak baikpulih motor dia. Dia pun seangkatan je dengan mereka sekarang setelah melalui ‘cabaran’ mereka termasuk kes dua bulan lepas.

No comments: