Monday, February 21, 2011

Yang terpendam 11

“Apa cer?” Itu perkataan pertama yang keluar dari mulut Ashraf Daniel. Hanya senyuman diberikan oleh SST member. Rusuknya disiku perlahan oleh Taufiq. Bondutch selaku tukang pelaksana rancangan turut tersenyum. Dia juga salah seorang budak Joker.
“Walaweyh…… alamatnya lepas rehat nanti ada yang menjerit tak hingat.”
“Dah dorang yang minta….kita bagi…betul tak, Chik, Ucu?” Taufiq bersuara. Sakit juga hatinya. Masakan tidak, malam semalam habis dia kena soal dengan budak-budak Joker dek kerana khabar angin yang difikirnya hanya gurauan Ucu dan Chik. Tak aman tidurnya. Pagi tadi rancangan diatur semalam dapat di’beri’ lampu hijau oleh Palau dan sekutunya. Ada yang tempah bala sendiri.
“Han…kau tak rasa kejam sangat ke cara kita balas?” soal Bondutch teragak-agak. Perempuan yang tampak lembut di luar itu terdiam seketika. “ Kenapa, Dutch? Kau rasa benda itu kejam sangat ke?” persoalan dikembalikan kepada Bondutch. Hanya keluhan kedengaran.
“Han…kau tahu tak…..budak yang tolong Palau itu…kau sedar tak?” Gila ke minah seorang ini? Boy dia pun dibalas juga. Haish..nasib baiklah Akma cuma clan je. She wasn't one of the crazy girls in fronts me now. “So?” Taufiq tukang menanyakan kembali soalan kepada Bondutch.
“Topek, Izu tu boy dia. Dia kawan kita.” Bondutch bersuara lemah. Terdetik rasa bersalah.
“Dutch, I’m sorry if you’re feeling about our payback is wrong. Aku tak rasa kejam. Lagi kejam cara dia buat aku.” Hani bersuara perlahan.
“Hani, apa dia?”
“What??”
“Apa yang berlaku?”
“Okay… fullstop. Dutch, aku bagi pihak Hani, Taufiq dan lelain minta maaf banyak-banyak kalau apa yang kami suruh kau buat tu, kau rasa kejam. We’re owed you big time. We’re deeply sorry.” Husna mematikan persoalan-persoalan yang mula terbit di benak yang hadir. Hani terlepas cakap. Dijeling Taufiq. Taufiq memahami jelingan yang diberikan oleh Husna. Lantas dia mula mengambil peranan.

No comments: