Sunday, May 15, 2011

yang terpendam 18

6 tahun berlalu . . . .
“Hani, we’re glad to see you. Where have you been these six years?”soal Nad setelah mereka duduk.
“No need to know. Now, here I am, right?” malas membuka kitab perjalanan hidupnya selama enam tahun ini.
“Han… kau tahu tak, enam tahun…enam tahun kau hilang tanpa khabar. Kami tanya Hus, dia langsung tak buka mulut. Enam tahun, Han. Now, you easily say that we have no right to know where on the earth you been? Don’t you realize who we are? You say like you just know us ten minutes ago. What the…. ” IR mula menahan sebak. IR jauh hati. Hani boleh cakap seolah-olah mereka bukan sesiapa. Dia yang paling terasa tatkala Hani pergi tanpa berita. Manakan tidak, dia yang paling rapat dengan si kembar. Ditanya pada Husna hanya gelengan yang diberikan. Sue dan Nad yang duduk sebelahnya mengusap perlahan bahunya.
Hani terdiam. Salah ucapan. Husna dipandang meminta pertolongan. Adiknya hanya mampu menggelengkan kepala. Hani akui memang bukan sehari dua mereka kenal. Sebelas tahun. Lima tahun sekelas. Dia cukup arif dengan sikap semua insan yang duduk di hadapan dia kini. NK, singkatan kepada Nur Khairuliman yang pakar memberi idea mengenakan orang. Suzanne dan Julia yang sentiasa bersama sejak kecil macam langit dan bumi, beza luar dan dalam. Faralyna a.k.a IR sebab masa form 1, cikgu tanya kenapa letak IR, dia jawab dia nak jadi engineer. Orangnya senyap dan mudah tersentuh. Tapi sejak dua tahun terakhir di sekolah, nampak perubahan. Berkat usaha si Ashraf Daniel yang suka push orang untuk berubah, ekspresikan perasaan dengan perbuatan..Dia berubah…Ditambah pula dengan kerjaya yang bakal dipegang kelak. Nadrah Darwina yang tegas tapi penuh berhemah menegur tatkala mereka tersasar dari landasan agama. Aizuddin yang menjadi pemberi maklumat hal ehwal spot-check. Taufiq, sepupu yang turut susah senang, lihat jatuh bangunnya. Redzuan, kasanova kelas pertama sewaktu sekolah yang juga seangkatan dengan mereka. Ashraf aka Palau  boy yang join mereka di akhir tahun persekolahan mereka.