Monday, March 28, 2011

yang terpendam 13

“Palau, kau okey tak?”
“Kau apa hal. Ayan apa?” Tetiba je mamat ini datang tanya soalan macam itu.
“Tidaklah. Aku dengar budak Joker cari kau. Betul?” Pandangan dilepaskan ke bahagian belakang sambil suaranya dikuatkan. Budak-budak bahagian belakang kelas buat bodoh je.
“Joker? Apanya tu?” soalnya tanda keliru. Taufiq, Ashraf Daniel dan Bondutch yang duduk sekali dengan budak-budak bahagian belakang berpaling. Masakan tidak. Nama clan mereka disebut. Seluruh kelas senyap seketika mendengar pertanyaan Palau. “Lau, kot ya pun budak baru kat kawasan ni, jangan kata kau tak pernah sekali dengar nama Joker atau SST?” persoal Aizuddin.
“Menatang apa je tu? Badut ke? Joker tu badut atau pak lawakkan? SST tu apanya”
“Sahlah Palau tak tahu siapa Joker. Palau, betul kau tak tahu kau mess dengan siapa?” soal seorang rakan sekelas mereka yang duduk di hadapan Palau. Gelengan diterima.
“Ah sudah…”
“Habislah….kau sekali la dalam senarai itu, Izu.”
“Biar betul…Joker tu…..” Pelbagai reaksi diterima. Ada yang memandang kumpulan di bahagian belakang. Siapa je tak tahu. Joker, satu kumpulan kendalian Luqman Iskandar. Satu-satunya abang kepada pasangan kembar di dalam kelas itu. Abang sepupu kepada Taufiq Hilman. Manakala SST pula di bawah kendalian Diananur Hana, anak sulung perempuan Encik Iskandar. Tapi yang membuatkan kumpulan itu disegani rakan dan lawan ialah mereka yang turut berada di dalam kelas itu. Riananur Hani dan Riananur Husna. Turut serta di dalam proses itu ialah sepupu mereka. Satu kumpulan yang hanya dianggotai oleh mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Encik Iskandar. Majoriti kawasan ‘penaklukan’ mereka mengenali mereka. Apatah lagi tempat yang menjadi pusat ‘perkembangan’ kumpulan itu. Memang mereka mudah bertegur sapa, tak sombong, tak memilih kawan dan nampak baik. Namun hakikatnya, apabila salah seorang anggota kumpulan itu terusik dan sudah mengeluarkan amaran, better watch out. Mereka nampak lemah. Iyalah, budak-budak sekolah apa nak ditakutkan. Tapi tidak siapa tahu di sebalik mereka ada yang mendukung. Walaupun Luqman sudah melanjutkan pelajaran ke Jerman sana tu, Hana sudah berkahwin, legasi mereka tetap utuh. Kepala mereka tidak boleh diikut. Gila mereka tidak boleh dibuat main. Gurauan tidak boleh dipandang ringan. Ada saja maksud tersirat.
“Lau, I nak cakap satu je. You better watch out. You’re got the wrong person to get messed with. So do you, Izu. Walaupun you’re her boy, tak bermakna dia diam diri. You bukan tak kenal siapa dorang. Bukan tak tahu macam mana dorang.” Nasihat Leow.
“You ni cakap macam dorang tu bahaya.”
“You can say whatever you want. Tapi I cakap sebagai kawan.” Leow membalas. Dipandang sekilas kumpulan belakang yang buat tak tahu apa yang berlaku. Seolah-olah hidup di dunia lain. Asyik dengan kerja yang diberikan oleh guru-guru. Bertentang mata dengan Hani, masing-masing mengukir senyuman nipis. Puan Balqis masuk menggantikan guru yang tidak datang.

No comments: